Pokok Daun Bawang Kampung

Daun bawang atau green onion sangat digemari kerana bau harumnya dapat meningkatkan nafsu makan apabila dicampurkan dalam masakan berasaskan sup, soto atau dimasak dengan lada putih (lado topurak). Khasiat daun bawang kepada manusia tidak boleh dinafikan lagi, ia cukup berkhasiat kepada kesihatan kita. Tanomkinotuan menanam daun bawang di kebun belakang rumah supaya bekalan daun bawang sentiasa ada dan bila ingin menggunakannya petik saja di kebun di belakang rumah tersebut dan boleh dicampurkan apa-apa resipi yang dikehendaki, amalan menanam daun bawang serta sayur mayur ini membolehkan kita jimat beberapa ringgit dalam sehari. Jika sesiapa meminati suup pinapat (pinapat stew), salah satu ramuannya adalah daun bawang.

Tanomkinotuan telah membeli seikat daun bawang di pasar terbuka (di Sabah pasar terbuka digelar sebagai Tomu atau Badi oleh kaum Kadazan dan  Dusun), tanomkinotuan terfikir untuk meninggalkan sedikit batang yang dikerat daunnya untuk cubaan menanam dikebun belakang rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *