Jusery Bin Jausin
CEO / Founder

Keningau, Sabah

Malaysia

Saya merupakan seorang yang mengemari bidang pertanian khususnya bertani di halaman rumah. Sudah terdedah dengan bidang ini sejak berusia 6 tahun dengan pernah berjaya melakukan aktiviti bertani dengan mengikuti nenek (sebelah ayah) ke tamu/pasar minggu untuk menjual hasil tanaman sendiri. Aktiviti bertani bagi saya adalah satu cara terapi minda yang bagus bagi melupakan seketika kerja-kerja rutin setiap hari. Bukan itu saja malah ia mampu membekalkan sayuran yang segar, bersih, tanpa racun serangga. Saya berkongsi pengalaman dalam blog tanomkinotuan.blogspot.com khusus membincangkan mengenai cara bertani, tuaian hasil, info pertanian dan sebagainya berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.
Sekian terima kasih