Author Archives: admin

Panduan Menanam Sawi Bunga

Sawi bunga adalah salah satu jenis sayuran berdaun yang banyak ditanam secara komersil di negara kita. Sawi bunga termasuk dalam kelompok mustard dan termasuk dalam ketegori Asian green. Batang tidak berkayu dan berwarna hijau, daun bulat lonjong dan tunggal, bunga majmuk dan berwarna kuning. Rakyat Malaysia sangat mengemari sawi bunga. Campuran sawi bunga ke dalam […]

Apakah Maksud Mulsa

Pemulsaan atau sungkupan bermaksud benda atau sesuatu bahan yang digunakan untuk membuat sungkupan kepada batas tanaman bagi tujuan tertentu. Sungkupan juga bermaksud memberi kelembapan pada batas tanaman. Mulsa diaplikasikan dengan meletakkan sesuatu benda di atas permukaan batas secara menyeruluh. Berdasarkan kepada jenis mulsa atau sungkupan, terdapat pelbagai faedah apabila menggunakan teknik sungkupan pada batas atau […]

Sayur Gargill: Sayur Kesukaan Kaum Arab

Eksperimen menanam sayur arugula di kebun belakang rumah tanomkinotuan berjaya dilaksanakan. Alhamdullilah berjaya membenihkan sayur ini yang jarang-jarang ditanam oleh para petani di Sabah. Oleh kerana tanomkinotuan berjaya membesarkan sayur luar negara ini maka terfikir untuk mendapatkan benihnya bagi penanaman semula pada musim akan datang. Benih arugula dibeli secara onlinesemasa promosi benih sayur ini. Saya […]

Pokok Daun Bawang Kampung

Daun bawang atau green onion sangat digemari kerana bau harumnya dapat meningkatkan nafsu makan apabila dicampurkan dalam masakan berasaskan sup, soto atau dimasak dengan lada putih (lado topurak). Khasiat daun bawang kepada manusia tidak boleh dinafikan lagi, ia cukup berkhasiat kepada kesihatan kita. Tanomkinotuan menanam daun bawang di kebun belakang rumah supaya bekalan daun bawang […]

Anak Pokok Brokoli Bertatih di KBR

Hari ini tanomkinotuan sangat gembira tidak terkata kerana usaha untuk menanam brokoli berjaya seperti mana yang diharapkan. Kawasan penanaman adalah kawasan tanah rendah dan cuaca yang sangat panas maklumlah area tempat tinggal tanomkinotuan adalah di kawasan panas, kepanasannya boleh membakar kulit. Tetapi brokoli yang disemai pada 26 Mac 2014 telah bercambah pada hari kelima hingga […]

Sebatas Sawi Kerinting: Bekalan Dapur Yang Sempurna

Sayur ong king atau sayur kerinting adalah satu jenis sayur berdaun yang amat disukai oleh rakyat Melaysia sebagai sayur santapan harian. Sayur ini menyerupai sayur kobis cina tetapi variati ini tidak menghasilkan daun membulat (non-heading) tetapi terbuka. Cumanya daun seolah-oleh berombak-ombak atau kerinting sifatnya. Batang yang berwarna putih pucat dan mudah patah jika sayur tersebut tumbuh pada […]

Bayam Merah: Kegemaran Rakyat Malaysia

Bayam Merah atau nama saintifiknya Amaranthus tricolor Linn dan bercaya atau tidak sayur bayam berasal dari Asia tenggara dan menyebar ke benua lain seperti di Amerika Latin dan Afrika namun bayam bervariati berbeza. Bagi kaum Kadazandusun pula sayur bayam merah dikenali sebagai “sansam taragang”. Terdapat dua jenis bayam yang di tanam di negara kita iaitu jenis bayam […]

Percubaan Menanam Pokok Timun Cina di Laman Rumah

Ramai dikalangan kita meminati buah timun dalam hidangan makanan yang disajikan tidak kira pagi, tengahari mahupun malam. Tidak lengkap hidangan nasi lemak jika hirisan buah timun tidak disertakan. Buah timun juga sesuai untuk dicampurkan apa-apa resipi berasaskan sup. Buah timun mempunyai pelbagai khasiat sampingan untuk tubuh badan kita. Sama seperti kacang panjang galaxy pokok timun amat mudah […]

Siomak Lettuce

Sering kita terdengar bahawa tumbuhan salad aka lettuce ini hanya sesuai tumbuh subur di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Kundasang di Sabah kerana tumbuhan salad jenis ini tidak tahan panas. Mitos ini ada kebenarannya kerana asal pertumbuhan sayuran jenis salad adalah di kawasan sejuk. Majoriti salad di Malaysia ditanam di dua tempat ini bagi kualiti salad […]