Rewiew: Variati Lobak Merah ditanam di KBR Yang Lepas

Beberapa tahun lepas semenjak tanomkinotuan berjinak-jinak dalam dunia perkebunan di laman rumah. Sudah banyak benih-benih termasuk benih luar negara yang ditanam di kebun mini belakang rumah. Kadang-kadang tumbuh dengan baik tanpa gangguan dan kadang-kadang juga habis lunyai dikerjakan oleh serangga perosak. Begitulah lumrah pusingan roda seorang penanam. Kadang-kadang memperolehi hasil yang lumayan dan sebaliknya pula. […]

Khasiat Pokok Herba Pegaga Kampung

Pegaga / Centella Asiatica Pokok herba pegaga sinonim dengan ulam-ulaman yang enak dimakan dengan nasi bersama sambal belacan. Pokok herba ini terkenal dikalangan kaum Melayu bukan sahaja dijadikan ulam tetapi juga sebagai ubat tradisional bagi mengurangkan masalah kesihatan tubuh badan. Kaum Cina serta kaum India menggunakan daun pegaga ini sebagai teh dan diminum untuk beberapa […]

Pokok Cincau Hijau Jenis Perdu

Setelah berjaya menanam pokok cincau hitam vietnam kini  tahun lepas, kini tanomkinotuan beralih kepada satu lagi jenis cincau yang dikenali sebagai cincau hijau jenis berkayu atau perdu. Nama saintifik bagi pokok cincau hijau ini ialah Melasthoma polyanthum ini mudah tumbuh dengan menanam menggunakan keratan batang. Tanomkinotuan dapatkan anak pokok dari kawan dua tahun lepas kerana […]

3 Teknik Percambahan benih Wajib Diketahui: scarification, stratification dan soaking

Bertemu kembali diruangan entry kali ini. Nampak gayanya sudah lama tanomkinotuan tidak berasmaradana di sini akibat kerja-kerja yang tidak habis-habis dan perlu disiapkan mengikut due date. Petang ini dapatlah menjeguk sebentar blog ini dan menambah entry untuk dikongsi bersama pembaca diluar sana. Entry ini membincangkan secara santai mengenai 3 teknik atau kaedah percambahan benih yang […]

Panduan Menyemai Benih Pistachio Variati Antep

Kadang-kadang kita teruja dan berminat menanam pokok-pokok dari luar negara yang sememangnya enak dijadikan snek atau makanan yang sihat. Biasalah tu… di negara-negara Barat pun mempunyai fiil dengan rakyat Malaysia di mana sangat menyukai menanam benih sayuran, herba dan pokok dari negara-negara Asia hingga siap dengan kajian dan penyelidikan kesesuaian pokok tumbuh di negara mereka. […]

Panduan Menanam Kentang Kundasang

Menanam kentang sendiri merupakan satu kepuasan yang sangat berbaloi dalam diri kita. Dimaklumi bahawa kentang adalah tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan dan telah ditanam oleh kaum Inca dan Mayan 2000 tahun yang lampau. Menyebar ke Eropah dan USA serta di seluruh dunia kerana kepentingannya dalam diet pemakanan harian khususnya di negara-negara Barat. Walau bagaimanapun terdapat […]

Keterujaan Menanam Tomato Indigo Rose

Menanam pokok tomato di laman rumah adalah satu kepuasan yang tidak terhingga kepada tanomkinotuan, dari mula di semai hinggalah menuai hasil penat lelah selama ini berbayar setelah pokok tomato yang ditanam menghasilkan buah yang cantik.  Sebelum ini tanomkinotuan pernah mencuba menanam pelbagai jenis tomato seperti tomato ceri, tomato ceri anggur, tomato brandywine, tomato roma, tomato […]

Panduan menyemai benih rhubarb victoria

Bagi masyarakat di negara ini masih belum mengenali pokok rhubarb secara dekat kerana ianya bukan pokok asal dari Asia khususnya di Asia Tenggara. Pokok rhubarb banyak ditanam di negara Barat.  Batang daunnya dituai dan dimakan dan dijadikan sebagai tat, jem dan sebagainya. Ia boleh ditanam melalui biji benih atau crown akar/mahkota akar seperti asparagus. Pokok […]

Kumpulan Pokok Herba Yang Tumbuh di KBR

Selain dari jenis sayuran yang ditanam, tanomkinotuan juga mula berjinak-jinak menanam pelbagai herba jenis kunyit dan kecur yang mana sangat menerika perhatian tanomkinotuan. Pokok-pokok herba ini banyak kegunaan dalam perubatan tradisional dan mampu mengubati penyakit-penyakit ringan. tidak hairanlah pokok-pokok herba ini banyak ditanam secara kecil-kecilan di laman rumah sebagai alternatif rawatan. Tanomkinotuan juga menyukai pelbagai […]

Panduan Menyemai Benih Basil Itali

PENGENALAN Basil itali adalah adalah salah satu tanaman herba yang beraromatik dan tergolong dalam keluarga kemangi, selasih, tulasi dan sebagainya. Nama saintifik ialah Ocimum Basilicum adalah tumbuhan yang banyak ditanam di negara barat. Tidak seperti di negara kita majoritinya menanam pokok kemangi, selasih atau tulasi. Herba ini banyak digunakan dalam masakan Itali di Eropah sana. […]