Category Archives: Style

Apakah Peatmoss dan Kepentingan dalam Perkebunan

Pernahkah pembaca di luar sana terdengar akan istilah peat-moss?  dan pernahkah pembaca menggunakannya? Peat-moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Namun komponen utamanya ialah lumut sphagum.  Peat-moss adalah nama tipikal bagi tumbuhan lumut sphagum yang telah reput atau diproses menjadi kompos iaitu […]

Panduan Menyemai Sawi Kerinting

Sawi kerinting merupakan salah satu sayur berdaun yang banyak dikeluarkan oleh para petani secara ladang bagi memenuhi permintaan di pasaran yang tinggi. Sawi kerinting atau curly mustard ini mempunyai batang lembut berwarna putih manakala daun hijau cerah hampir kekuningan yang mengeriting. Ia juga dikenali sebagai kai choy oleh komuniti Cina di Malaysia. Sawi kerinting mudah […]

Anak Pokok Brokoli Bertatih di KBR

Hari ini tanomkinotuan sangat gembira tidak terkata kerana usaha untuk menanam brokoli berjaya seperti mana yang diharapkan. Kawasan penanaman adalah kawasan tanah rendah dan cuaca yang sangat panas maklumlah area tempat tinggal tanomkinotuan adalah di kawasan panas, kepanasannya boleh membakar kulit. Tetapi brokoli yang disemai pada 26 Mac 2014 telah bercambah pada hari kelima hingga […]

Sebatas Sawi Kerinting: Bekalan Dapur Yang Sempurna

Sayur ong king atau sayur kerinting adalah satu jenis sayur berdaun yang amat disukai oleh rakyat Melaysia sebagai sayur santapan harian. Sayur ini menyerupai sayur kobis cina tetapi variati ini tidak menghasilkan daun membulat (non-heading) tetapi terbuka. Cumanya daun seolah-oleh berombak-ombak atau kerinting sifatnya. Batang yang berwarna putih pucat dan mudah patah jika sayur tersebut tumbuh pada […]

Bayam Merah: Kegemaran Rakyat Malaysia

Bayam Merah atau nama saintifiknya Amaranthus tricolor Linn dan bercaya atau tidak sayur bayam berasal dari Asia tenggara dan menyebar ke benua lain seperti di Amerika Latin dan Afrika namun bayam bervariati berbeza. Bagi kaum Kadazandusun pula sayur bayam merah dikenali sebagai “sansam taragang”. Terdapat dua jenis bayam yang di tanam di negara kita iaitu jenis bayam […]

Percubaan Menanam Pokok Timun Cina di Laman Rumah

Ramai dikalangan kita meminati buah timun dalam hidangan makanan yang disajikan tidak kira pagi, tengahari mahupun malam. Tidak lengkap hidangan nasi lemak jika hirisan buah timun tidak disertakan. Buah timun juga sesuai untuk dicampurkan apa-apa resipi berasaskan sup. Buah timun mempunyai pelbagai khasiat sampingan untuk tubuh badan kita. Sama seperti kacang panjang galaxy pokok timun amat mudah […]

Siomak Lettuce

Sering kita terdengar bahawa tumbuhan salad aka lettuce ini hanya sesuai tumbuh subur di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Kundasang di Sabah kerana tumbuhan salad jenis ini tidak tahan panas. Mitos ini ada kebenarannya kerana asal pertumbuhan sayuran jenis salad adalah di kawasan sejuk. Majoriti salad di Malaysia ditanam di dua tempat ini bagi kualiti salad […]