Category Archives: tanam sayur

CILI TAIWAN DALAM POLIBAG KINI BERBUAH LEBAT

Cili taiwan Selain cili hijau, kapsikum, cili bom ceri, lada putih borneo, cili padi dan cili hijau india yang pernah ditanam di KBR, tanomkinotuan juga mencuba menanam cili taiwan yang ditanam dalam polibag. Tanomkinotuan sangat berminat menanam pelbagai jenis cili yang ada kerana menanam cili sangat mencabar kepada penanam untuk hasil yang baik. Kawan tanomkinotuan […]

Cara Menanam Timun Mini di Dalam Pasu

Timun sememangnya sayuran buah yang ranggup dan berjus sederhana  yang enak dan sedap ketika ditambah ke dalam apa-apa hidangan yang sesuai seperti nasi lemak, burger dan juga campuran berasaskan sup. Khasiat timun diketahui umum sangat tinggi dan buah ini juga boleh dimakan begitu sahaja. Semasa kecil-kecil dulu ibubapa tanomkinotuan ada membuat kebun padi bukit (parai […]

Cara Menyemai Benih Bunga Kantan

Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca cara menyemai benih bunga kantan. Bunga kantan merupakan pokok herba yang banyak digunakan dalam masakan khususnya. Pokok termasuk dalam keluarga halia dan tuhau/tepus ini bunganya dan anak pokok dimakan atau dicampurkan ke dalam masakan. Pertama sekali untuk menanam benih bunga kantan harus ada benihnya. Benih boleh diperolehi sama […]

Cara dan Panduan Menanam Benih Jagung

Menanam jagung pulut di halaman rumah satu cabaran buat mereka yang ingin mencabar diri menanam pokok ini. Bukanlah bermaksud menanam jagung pulut sangat cerewet tetapi mendapatkan pokok jagung yang subur, sihat dan bersaiz besar adalah cabaran utamanya. Bagaimanakah cara untuk menanam pokok jagung pulut ini di lama rumah? Pertama sekali dapatkan benih jagung pulut dengan […]

Cara Buat Takung Hidroponik Mini Tanam Sayur Texsel

Pernahkah pembaca terfikir melakukan penanaman secara hidroponik? Tentu pembaca bilamana disebut hidroponik akan mengatakan mahal atau kos tinggi. Tahukah anda terdapat cara menanam secara hidroponik dengan kos murah. Namun tanomkinotuan beri tahu awal-awal bahawa baja hidroponik ini bukanlah baja organik, saja tanomkinotuan mencuba untuk eksperiman bagi mereka di luar sana yang berminat membuat hidroponik mini […]

Cara Mudah Menanam Sawi Putih / Bak Choi

Sawi putih atau bak choi adalah sayuran jenis berdaun. Sayur berbatang lembut dan warna putih. Daun seakan bentuk sudu dan berwarna hijau manakala variati sawi putih kerinting pula daunnya mengeriting atau berombak-ombak. Sesuai ditanam pada batas mahupun pasu yang menggunakan tanah peroi sebagai media tanaman. Ramai mengemari sayur ini kerana struktur rasa yang lembut dan […]

Cara Menanam Timun di Atas Batas Kebun

Timun cina  Timun adalah sayuran buah yang mudah di tanam di negara kita. Pokok timun atau nama saintifiknya ialah cucumis sativus linn merupakan tanaman yang menyukai kawasan panas seperti di negara kita maka tidak hairan timun banyak dijual di pasar mahupun pasaraya berhampiran anda. Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi bagaimana untuk menanam benih timun pada […]

Maklumat Ringkas Cili Padi Patut Petani Tahu

Pengenalan Cili padi atau juga dikenali sebagai cili burung ialah sejenis cili jenis pokok renek, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau ketika mudah dan berubah menjadi warna merah sesudah matang. Cili padi juga mempunyai rasa pedas yang agak kuat dan sesuai dicampurkan dalam sambal belacan. Tanomkinotuan menanam cili ini atas keperluan dapur. Keluarga tanomkinotuan suka memakan […]

Cara Menanam Benih Tomato

Tomato brandywine Ingin menanam pokok tomato di halaman rumah anda? Anda cukup beruntung kerana tomato boleh tumbuh dengan baik di mana-mana sahaja sama ada kawasan tanah tinggi mahupun tanah rendah. Berikut adalah panduan berguna untuk anda menanam benih tomato. DAPATKAN BENIH TOMATO Pertama sekali dapatkan benih tomato sama ada membeli benihnya di nusery atau kedai […]

Cara Menanam Pokok Jagung Manis

Jagung adalah salah satu tanaman yang boleh dikatakan terkenal di negara kita. Jagung sangat digemari oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai cara jagung ini dimakan antaranya direbus, dijadikan bubur, atau dimakan tongkol mudanya atau baby corn sebagai campuran dalam sayur. Apa kata pembaca di luar sana cuba menanam jagung di kebun atau di halaman […]