Gelagat Sang Arnab Dalam Sangkar.

Azam tahun 2018 yang lalu ialah ingin menternak arnab di laman rumah. Sambil menanam sayuran tanomkinotuan juga bercita-cita menternak arnab dalam sekala yang kecil. Cita-cita tersebut direalisasikan pada pertengahan tahun 2018. Tujuan tanomkinotuan menternak arnab adalah ingin mendapatkan tinja arnab sebagai baja tanaman.

Selain ayam, menternak arnab juga sangat bermanfaat kepada para petani sambilan seperti tanomkinotuan. Ini kerana menanam sayuran skala kecil di laman memerlukan baja untuk tanaman, dengan adanya tinja arnab ini ia mampu menjimatkan bagi pembelian baja pellet di pasaran. Walaupun kata orang bahawa baja arnab ini mahal dan perlu berterusan tetapi tinja arnab akan kembali kepada tanaman sebagai baja. Jadi tanomkinotuan rasa ia tidak membebankan. Masing-masing ada peranan untuk keseimbangan ekosistem… cheeewahhh… ekosistem lah sangat haha..

Moga pembaca terhibur dengan perkongsian gambar-gambar arnab yang sempat disnap dari dulu lagi.



Arnab yang diternak hingga kini berjumlah 19 ekor dimana 4 ekor betina dewasa, 1 jantan dewasa, 1 betina remaja dan 1 jantan remaja manakala 4 ekor masih kanak-kanak dan 8 ekor pula adalah bayi arnab. Menternak arnab sangatlah mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.