Panduan Menanam Pokok Daun Bawang Melalui Keratan


Berikut dikongsikan menanam pokok 
daun bawang dari keratan. Pokok daun bawang boleh juga ditanam melalui benih tetapi ambil masa untuk dituai. Sering kali bila ada acara masak memasak di rumah berasaskan sup daun bawang ni wajib beli. Apa kata korang tanam sendiri di laman rumah. 

Anda boleh dapatkan keratan daun bawang dalam pelbagai cara, pertama beli di pasar, dengan jiran atau online. Sekarang ramai penjual online benih sayuran. Pilih penjual yang boleh dipercayai. Sampai rumah asingkan beberapa batang yang hendak ditanam. Kerat daun seperti kat atas tu dan daun tu bolehlah dimasak ikut menu sendiri. 



Apabila sudah dikerat, jangan tanam dulu. Biarkan keratan pokok daun bawang sedikit kering dengan meletakkan daun bawang tersebut di beranda atau tempat yang teduh tetapi masih kena haba sekeliling. Tujuan untuk keringkan ialah agar lebihan air dapat dikurangkan seminimum mungkin. Keringkan selama 2 minggu ke 3 minggu mengikut haba sekeliling yang sesuai. Pastikan tidak terkena hujan atau air.

Setelah 2 minggu dikeringkan bolehlah ceraikan batang-batang tersebut dengan berhati-hati. Seperti dalam gambar di atas. Elok pisahkan setiap batang menjadi satu agar banyak dapat ditanam. Kegunaan daun bawang bukan sekali sahaja kan? Jadi lagi banyak ditanam lagi rasa bahagia dalam hati. 


Kemudian sediakan batas untuk tanaman. Gembur tanah sedalam 1 kaki dan lebar batas 2 kaki. Gembur hingga tanah gembur. Pastikan kawasan membuat batas tidak ditakungi air dalam masa yang lama. Pokok bawang tidak menyukai air yang banyak. Akar boleh rosak.

Sudah selesai mengembur tanah tabur kapur pertanian sikit. Kemudian tabur kompos di permukaan batas kira-kira 5 inci secara keseluruhan. Untuk tambahan siram batas dengan MOL yang ada di rumah untuk membantu membaik pulih tanah. Rehatkan seminggu. 

Tanam keratan daun bawang dalam tanah kira-kira 3 ke 4 inci, jarak antara pokok ialah setengah kaki. Anda boleh tanam dengan cara berbaris atau rawak. 

Keratan daun bawang akan mula bertunas selepas 2 minggu. Pada tempoh ini kawal siraman jangan siram secara berlebihan untuk mengelak keratan membusuk. Tetapi jangan pula tanah kekeringan.

Apabila anak pokok telah berusia sebulan lebih bolehlah bubuh baja subur sekitar batas. Sukatan pembajaan adalah serengah genggam untuk 2 pokok daun bawang. 

Usia pokok daun bawang pada gambar di atas ialah 2 bulan. Pada masa ini pokok daun bawang sudah boleh dituai untuk bekalan dapur anda. 

Menanam keratan daun bawang sebenarnya amat mudah. Masalah berlaku jika menanam keratan bawang dan mati. Ini disebabkan pokok bawang tersebut diletakkan ditempat sejuk dalam pasaraya. Menyebabkan bila ditanam ia akan mati terus.

Oleh itu disarankan keringkan dahulu 2 minggu untuk membantu keratan tumbuh semula apabila ditanam semula. Menanam daun bawang juga boleh dalam pasu ataupun polibag. Pokok daun bawang menyukai cahaya penuh dari pagi ke petang. Jadi tunggu apa lagi tanam sepokok dua bawang di rumah untuk menjimatkan ekonomi keluarga anda. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.