Pokok Sorghum Hidup subur di Bumi Sabah

Salam damai dan salam pertemuan dalam entry kali ini..

Dipenghujung Oktober tahun 2018 ini adalah musim hujan. Tiap petang di sini hujan lebat dengan kilat dan guruh sambung menyambung. Sayuran yang ditanam di laman rumah semakin rosak akibat hujan lebat. Jangan kata musim hujan sayuran segar bugar ya, sayur boleh rosak sebenarnya dan uniknya musim hujan sayuran di pasaran akan naik harga di pasaran. Huhu…

Pada pertengahan bulan Ogos lepas, tanomkinotuan sekali lagi beraksi dihadapan google dengan menjelajah website ke blog orang lain terutamanya wabsite dan blog dari luar negara. Tanomkinotuan sangat menyukai membaca entry atau post mereka berkaitan tanaman yang ditanam di kebun atau laman rumah, teruja semacam. Tanomkinotuan memang rajin skoding blog orang lain tetapi keterbatasan kefahaman bahasa English yang terbatas makanya tengok gambar sahaja lah hahahaha…

Mereka sangat murah hati memberikan tips-tips cara tanam yang mereka tahu sebab itulah para pekebun sambilan kat luar negara berdaya saing dan mampu memberikan pulangan pendapatan keluarga selain tanam sayur untuk santapan keluarga.

Bila sampai satu website ini terpandang satu pokok yang asing bagi tanomkinotuan. Pokok dan daun seakan pokok jagung tetapi berbuah kat pucuk pokok. Dengan itu tanomkinotuan mula mencari info tambahan pokok ini, nama pokok ini adalah pokok sorghum banyak ditanam di negara empat musim kerana faedahnya dalam perladangan dan makanan. Ia sesuai dijadikan makanan ternakan, tepung dan sirap. Ia juga dijadikan minuman keras oleh sesetengah negara.

Keterujaan tanomkinotuan semakin meningkat bila emak tanomkinotuan menyatakan pokok ini ada ditanam di Daerah Ranau zaman dulu. Pokok ini dikenali sebagai pokok Dawo’. Orang kampung menanamnya bersama padi bukit dan dituai berasingan. Buahnya diasingkan dari kulit dan hempas dan digiling menjadi tepung. pendapat tanomkinotuan tentang pupusnya pokok sorghum ini ditanam oleh orang tempatan kerana ianya rumit dalam prosesnya tidak sama dengan padi yang mudah diproses untuk makanan. Alang-alang bertani sambilan tanomkinotuan tempah benih ini di salah satu website menjual benih, tanomkinotuan membeli 3 jenis warna sorghum iaitu putih, hitam dan merah. kena tunggu 2 ke 3 minggu untuk sampai ke malaysia.
Sorghum Black amber
Selepas 2 minggu benih sorghum tanomkinotuan sampai ke alamat dengan selamatnya. rutin tanomkinotuan bertambah dengan projek baharu. Pertama tanomkinotuan rendam benih sorghum dalam air paip semalaman. tanomkinotuan faham benih yang dijual kadang-kadang sudah lama dituai jadi hendak paksa benih tu bercambah cepat kenalah rendam terlebih dahulu. Sambil benih tersebut direndam tanomkinotuan menyediakan bekas semaian dan menggunakan media campuran buatan sendiri. masukkan media ke dalam bekas semaian dan siram media sehingga basah lecun. Biarkan semalaman untuk mengalirkan lebihan air dalam bekas semaian tersebut.

Esoknya tanomkinotuan menyemai benih sorghum dalam bekas semaian yang disediakan dengan membuat lubang kira-kira 1 inci ditengahnya dan menyemai 2 biji dalam satu lubang. tujuan menyemai 2 biji sorghum dalam satu lubang ialah jika sebiji tidak bercambah ada satu lagi benih yang akan bercambah. jadi tidak rugilah masa tersebut.
Sorghum merah

Sorghum mula bercambah selepas  hari disemai. ia tumbuh seperti jagung dengan anak pokok yang berdaun halus. Selepas 2 minggu ke 3 minggu anak pokok sorgum dialihkan terus ke tanah. tanomkinotuan tidaklah membuat batas untuk menanamnya. Cukup sekadar mengembur 1 kaki persegi untuk tapak penanaman dengan mengorek sedalam 1 kaki. kemudian tabur kapur pertanian dan kompos buatan sendiri. Kompos yang tanomkinotuan guna adalah vermicompost di mana tinja cacing yang diternak dalam box.

Tanomkinotuan tidaklah ambil perhatian sangat pokok ini sebab cirinya sama dengan pokok jagung. Cukup baja dan kelembapan membesarlah pokok ni tanpa gangguan. Cuma jika hendak menanam pokok sorghum sila tanam ditempat terkena cahaya matahari dari pagi hingga ke petang. Pokok sorghum menyukai sinaran matahari lebih kurang 6 jam.

Tempoh anak pokok dalam sebulan bolehlah letak baja subur untuk menjadikan pokok lebih besar dan kuat. Jika pokok besar boleh dapat buah yang banyak dan sihat. Bila pokok sorghum sudah nampak menghasilkan bunga di atas pucuknya bolehlah tabur baja buah untuk hasil yang baik. 
Tarahumara white sorghum
Selepas 3 bulan lebih pokok sorghum mula menampakkan buahnya yang berjuntai seakan-akan buah padi. Buahnya saiz kecil bulat dan melekat pada tangkai-tangkai yang berurutan pada tangkai buah. tanomkinotuan biarkan buah-buah ini menjadi matang untuk dijadikan benih bagi penanaman berikutnya. Sedikit perkongsian kepada para pembaca di luar sana, buah sorghum yang telah kering boleh dileraikan dan beri makan kepada ternakan seperti ayam anda. ayam anda pasti menyukainya walaupun sudah diberi makan baja sejak dari kecil lagi. 

Pokok sorghum pokok dari luar negara yang boleh menjana pendapatan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Pokok ini boleh dikaji sedalam-dalamnya untuk ditanam di negara kita dan menghasilkan pelbagai produk dari buah sorghum. 

benih sorghum masih ada untuk jualan. Berminat wasap ke 019-5320756 untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.