Cili Putih Borneo – 20 biji

RM 2.00

Cili Putih Borneo merupakan jenis cili yang banyak dikomersilkan di Negeri Sabah khususnya di kawasan pedalaman. Cili ini juga boleh dijumpai di Negeri Sarawak dan Wilayah Kalimantan, Indonesia. Pokok jenis renek dan berbuah lebat. Sering dijadikan campuran masakan tumis bersama ikan masin, bawang lokio/losun dan patau. Cili ini tidak sesuai dibuat cili sambal. Buah berwarna putih akan dituai untuk tujuan di atas. Buah berwarna merah akan dijadikan benih dan jarang dimakan.

Kuantiti: 20 Biji
Jenis: Heiroom