Resepi Ikan Goreng Bambangan

Salam perpaduan dan kesejahteraan kepada para pembaca…

Tanomkinotuan berkongsi resipi makanan yang tidak asing kepada rakyat sabah terutamanya suku Dusun dan Kadazan berhubung makanan yang disenaraikan dalam menu seharian. Seperti kaum-kaum di Malaysia, kaum Dusun/Kadazan juga mempunyai tradisi makanan yang tidak kurang hebatnya yang dikenali sebagai Ikan Kembung Goreng Bambangan. Di Sabah ikan kembung bulat dipanggil ikan basung.

Musim ini adalah ketibaan buah bambangan membanjiri pasaran. Di Sabah dan Sarawak buah bambangan adalah buah yang mudah diperolehi. Permintaan buah ini sangat-sangat tinggi di pasaran. Oleh itu… jom belajar resepi kali ini dengan menggunakan jeruk bambangan.

RESEPI IKAN KEMBUNG GORENG BAMBANGAN

Bahan-bahan yang diperlukan.

1. Satu kilo ikan kembung bulat, Boleh guna ikan bersaiz besar seperti ikan putih, ikan merah, tenggiri dan lain2. 

2. 6 sudu besar jeruk bambangan. Boleh guna isi bambangan segar jika tidak ada yang dijeruk.

3. 6 ulas bawang merah dimayang.

4. 3 ulas bawang putih dimayang.

5. 2 inci halia dihiris nipis

6. 4 batang daun sup dipotong 1 inci (tidak diletak)

7. lobak merah dipotong dadu (tidak diletak)

8. Satu biji bawang holand potong dadu.

9. Minyak masak secukupnya.

10. Garam sebagai perasa.


Cara Penyediaan.

1. Siang ikan kembung dan toskan. Bubuh sedikit garam dan kunyit. Rehatkan seketika dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang holand dan halia ke dalam periuk dan kacau. Tunggu sehingga semuanya telah naik bau.

4. Masukkan lobak dan kacau. Rehatkan 3 minit. 

5. Kemudian masukkan jeruk bambamgan. Kacau sehingga hirisan isi bambangan sedikit lembut dan hancur. Jika terlalu kering, tambah sedikit stok ikan. Jika tidak ada tambah sedikit air. Biarkan 5 minit. Kacau untuk memgelak dari hangus.

6. Apabila jeruk bambangan telah lembut dan sedikit hancur dan kuah sedikit pekat. Masukkan ikan goreng tadi. Kacau sehingga ikan goreng dan jeruk bambangan bercampur rata. Biarkan 5 minit dan sedia diangkat. 

7. Hidangkan dengan nasi putih atau seumpamanya. 


Selamat mencuba…. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.