Sayuran Terbaru bulan Oktober 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama kiranya tanomkinotuan tidak bertandang ke blog ini. Makin lama makin sepi tanpa update entry terbaru. Sejak berpindah tempat kerja sudah lama tidak mengasah pencernaan otak untuk mengolah bait-bait karangan pendek. Maafkan tanomkinotuan kerana masa dan tugasan yang sangat banyak perlu dilangsaikan.

Banyak entry yang perlu ditambah ke dalam blog ini, fail gambar dalam phone sudah mahu terkeluar tetapi tanonkinorltuan akan menambah entry post satu persatu. Tengok masa dan keadaan. Hujung-hujung tahun ni aktiviti sukan sekolah giat dijalankan jadi tanomkinotuan terlibat secara tidak langsung. Apa-apa pun in sha Allah tanomkinotuan siapkan juga entry mana yang sesuai untuk dimasukkan dlm blog nanti.

Untuk kali ini tanonkinotuan ingin berkongsi tanam sayuran untuk kali ini. Tanaman yang pernah ditansm untuk tahun 2018 dan memberikan bekalan dapur yang tidak terhingga. 

Gambar pertama adalah sayur yang sangat popular di negara 4 musim. Sayur ini dikenali sebagai russian kale, termasuk dalam famili brassicca dalam kumpukan kobis, kailan, brokoli, kobis bunga dan lain-lain.

Menyukai pada cuaca panas dan sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi dan tanah rendah. Daunnya dimakan sebagai sayur dan juga sesuai dijadikan jus yang enak dan berkhasiat.

Gambar kedua pula ialah daun bawang. Sudah tentu pembaca kenal pokok daun bawang ini kan? Jika hendak membuat soto, salah satu ramuan untuk memberikan soto lebih beraroma adalah tambahan hirisan daun bawang.

Pokok daun bawang menyukai cuaca panas dan hujan. Tanam menggunakan keratan dan boleh dituai dalam tempoh 2 bulan. Anda boleh menanam daun bawang ini dalam pasu dan letak ditempat cahaya terik apabila pokok sudah tumbuh dengsn baik.

Kepada mereka yang sering melawat di restoran Susy King sudah pasti meng-order edamame aka kacang rebus, ianya sedap dan enak.

Kacang edamame midori ini tidak lama lagi akan dituai menjadi benih. Tanomkinotuan menanamnya untuk dimakan dan juga untuk benih.

Satu lagi sayuran rare yang tidak ditansm dinegara kita iaitu kohlrabi putih. Pangkal batangnya akan membengkak dan itulah yang dimakan sebagai sayur atau dicampyrkan dalam salad.

Sebatas sayur kailan yang masih muda remaja. Tanonkinotuan memcuba semula menansm kailan selepas 2 tahun berhenti menananamnya. Setakat ini anak pokok kailan sihat walafiat.

Tadaaaa…. sawi bunga manis yang ditanam juga dalam batas. Sawi bunga manis ini tidak asing dinegara kita. Dimana-mana pun sawi bunga manis boleh tumbuh dengan baik.

Sawi bunga manis tidak ada rasa pahit berbanding dengan sawi bunga hijau.

Tanomkinotuan juga pelbagaikan jenis tanaman di lsman rumah. Cari kelainan sikit jadi tanomkinotuan mensnam kekedek jepun ungu. Usia baru sebulan lebih. Tunggu 3 bulan baru boleh tuai diharap tanomkinotuan mendapat hasil memuaskan kelak.

Tanomkinotuan mensnam kobis ungu satu batas tempoh hari. Masalahnya ayam bersilat di batas hingga anak kobis ungu yang ditanam terkulai layu dan mati. Sekarang hanya sepokok meneruskan legasi kawan-kawannya. 

Fuuyoooo….. salad daun gerigi atau Oak Leaf Lettuce. Tunggu hasil untuk beberapa minggu lagi. Daunnya memang berkilat dan lembut. Tidak sabar hendak dijamah.

Satu lagi jenis salad iaitu salad frickles atau salad bercorsk merah. Daun sangat ekegan dengan corak yang menawan. Setakat ini tidak ada serangga yang menjamahnya.
Dan terakhir tomato borghese merupakan tomato yang mempunyai buah ysng bersaiz kecil. Setiap juntaian mempunyai 9 hingga 15 biji. Sesuai ditanam dalam pasu.

Inilah sayuran yang kini menghiasi laman rumah tanomkinotuan. Sekarang ini musim hujan melanda. Setiap petang hujan dengsn lebatnya. Rahmat untuk pokok dam sayuran. Jom menanam sayuran di laman.

Selamat bertani dan menuai hasil.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.