Senarai Tanaman Sayuran Untuk Tahun 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sudah lama blog ini tidak dikemaskini disebabkan kesibukan yang teramat sangat. Banyak kerja disiapkan terlebih dahulu. Hari ini seperti ada sedikit masa terluang dan tanomkinotuan mencuba untuk masuk dalam blog. Lagi pun kadang-kadang idea kurang memberansangkan menyebabkan membuat entry yang baru sangat-sangat terbantut. Haha…

Tidak terlewat juga untuk mengucapkan selamat tahun baru 2019. Diharapkan azam tahun baru dapat dilunaskan sepertimana yang dirancang.

Kini tanomkinotuan ingin berkongsi tanaman sayuran untuk tahun 2019. Awal tahun ni tidak bnyk sayuran yang ditanam, maklumlah ada kerja yang perlu dibereskan. 

Gambar pertama yang ingin dikongsikan ialah pokok kacang panjang renek. Variati kacang panjang yang tidak perlu menggunakan junjung atau pancang. Jaga kelembapan tanah dan baja secara konsisten. Pokok ini diranam pada bulan November tahun lepas. Kini pokok masih galak menghasilkan buah. (Gambar ada di atas – gambar utama)

Pokok kucai daun lebar atau juga dikenali sebagai kucai cina ini masih ditanam sehingga tahun ini. Pokoknya bila ditanam dan dijaga sebaiknya tidak menghampakan untuk membekalkan bahan sayur untuk dapur tanomkinotuan. Pokok ini telah dipotong untuk menggalakkan daun baru. 

Roselle putih adalah nama bagi pokok ini. Ia sama dengan roselle merah yang lain kecuali kelopak buah/bunganya berwarna putih. Sangat sedap dibuat jem. Rasanya juga sama dengan roselle merah. Orang menyukai menanam pokok ini kerana keunikan warna buah tersebut.

Ini pula adalah roselle merah Thai di mana ada sedikit berbeza dengan roselle merah kampung. Kelopak buahnya bersaiz kecil dan tidak bersenggugut. Sangat mudah dijaga dan sesuai dijadikan sirap roselle yang sedap.



Pokok tomato hitam ini ditanam tahun lepas terapi pokok masih ada sehingga sekarang. Pokok yang perlu penjagaan rapi dari segi kelembapan, baja dan peelu dibuang sucker yang tumbuh dicelah-celah daun. Buah berwarna merah kehitaman dan buah bersaiz besar.

Yang ni sawi kerinting berusia 1 minggu. Baru je buka sukup jaring hitam. Kira masih bayi lagi. Tanomkinotuan muka sudah bertani sayur daun. 

Selain sawi kerinting tanomkinotuan juga tanam sawi bunga gergasi. Antara sawi yang enak dan saiz yang besar. Satu pokok cukup satu keluarga makan.

Tidak lupa juga sawi taiwan atak pak choi, sawi ini juga wajib ditanam. Sedap masak sos tiram. Sawi daun mudah nak tanam dan cepat dapat hasil. 

Ini pula ank pokok jagung tanam di sebelah kiri laman rumah (menghadap matahari). Tanomkinotuan biarkan rerumput tersebut untuk kekalkan kesuburan tanah. Cara tersebut dapat memberikan anak pokok jagung ini membesar dengan baik. Tetapi jangan pula rumput tersebut tinggi daripada anak pokok jagung. Rumput yang tinggi cabut.


Inilah sayuran tanaman tanomkinotuan untuk tahun ini. Tanomkinotuan juga baru mula membuat batas untuk tanaman sayuran berdaun seperti di atas. Moga tahun ini hasil sayuran yang ditanam akan berjaya dan mampu membekalkan sayur organik sepanjang masa. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.