Panduan Membeli Benih Online menggunakan Phone.

Bermula pada tahun ini pembelian benih-benih dari blog tanomkinotuan.blogspot.com adalah boleh dibeli dari laman sesawang DISINI. Berikut panduan membuat pembelian benih menggunakan aplikasi telepon bimbit anda. Taip alamat laman sesawang menggunakan http://www. tanomkinotuan.com dan paparan di atas akan muncul di skrin telepon bimbit anda. Klik 3 garis sebelah kiri di atas tersebut. Setelah anda klik […]

Apakah Peatmoss dan Kepentingan dalam Perkebunan

  Pernahkah pembaca di luar sana terdengar akan istilah peat-moss?  dan pernahkah pembaca menggunakannya? Peat-moss adalah bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Namun komponen utamanya ialah lumut sphagum.  Peat-moss adalah nama tipikal bagi tumbuhan lumut sphagum yang telah reput atau diproses menjadi kompos […]

Panduan Membuat Kicap dan Pes Kacang Soya (Pos pertama)

Bertemu kembali dalam ruangan ini. Tahun 2018 telah lama menjelang dan telah menguburkan kenangan-kenangan tahun 2017. Apa yang pasti jadikan kenangan lepas sebagai panduan hidup pada tahun 2018. Moga kita semua dalam keadaan sihat, murah rezeki dan paling penting adalah azam dan impian akan termakbul dengan jayanya. Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi cara membuat kicap […]

Apakah Dimaksudkan Kompos Erikakus: Maklumat Dan Tanaman Untuk Kompos Berasid

Pokok Blueberry ditanam pada media berasid Apakah itu kompos erikasus? Erikasus atau Bahasa English Ericaceous adalah terma yang digunakan untuk tumbuhan dalam keluarga Ericaceae yakni tumbuhan yang hanya boleh tumbuh subur dan baik dalam jenis tanah berasid. Pembaca harus memahami tumbuhan yang tumbuh subur pada nilai PH tanah 6.7 – 7.0 tanah jenis neutral dan […]

Panduan Menyemai Sawi Kerinting

Sawi kerinting merupakan salah satu sayur berdaun yang banyak dikeluarkan oleh para petani secara ladang bagi memenuhi permintaan di pasaran yang tinggi. Sawi kerinting atau curly mustard ini mempunyai batang lembut berwarna putih manakala daun hijau cerah hampir kekuningan yang mengeriting. Ia juga dikenali sebagai kai choy oleh komuniti Cina di Malaysia. Sawi kerinting mudah […]

Jenis sayuran dan Herba Awal Tahun 2018

Kesibukan awal tahun menyebabkan blog terabai seketika. Wajib laksanakan dahulu semua tugasan yang harus disiapkan segera barulah boleh melakukan akriviti sampingan seperti menambah entry pos dalam blog. Tidak ketinggalan saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Moga tahun ini mampu memperolehi kebaikan dan kehidupan yang bahagia. Tanomkinotuan ingin memperbaiki mutu penjualan benih secara online dan […]

Buncis Ungu Renek Berbuah Lebat di KBR

Bila kita berjlan-jalan sekitar pasar terbuka atau supermarket wajib terjumpa sayur buncis. Buncis adalah salah satu tanaman yang tidak dilepaskan oleh para pekebun kerana hasil pulangan dan permintaan di pasaran sangat tinggi. Tidak hairanlah buncis banyak dijual di mana-mana. Semasa tanomkinotuan masih kecil terdapat tiga jenis buncis yang ada dipasaran dan jenis buncis bulat mendominasi […]

Panduan Menyemai Herba Borage

Herba borage adalah tumbuhan asli dari Timur Tengah dan menyebar ke Eropah dan USA melalui Greek zaman lampau. Setiap bahagian pokok borage kecuali akar boleh dijadikan campuran salad dan perubatan tradisi. Bunganya yang berwarna biru terang boleh dijadikan garnish manakala daunnya boleh dimakan sebagai salad. Terdapat juga pokok borage yang mempunyai bunga warna putih. Nama […]

Panduan Menanam Kentang Variati Kundasang Sabah

Menanam kentang terutamanya kentang import agak cerewet kerana kentang import sangat tidak menyukai hujan yang berpanjangan. Oleh itu jika hendak menanam kentang tersebut pastikan dalam green house atau seumpamanya. Walau bagaimana pun, satu variati kentang kundasang yang anda boleh cuba untuk ditanam dalam pasu. Ia bersaiz kecil dan sangat tahan hujan lebat dan panas. Berikut […]

Panduan Menyemai Benih Ketumbar

Menyemai ketumbar atau coriander sama seperti menyemai daun sup. Benih ketumbar adalah bulat kecil manakala benih daun sup pula leper kecil. Aroma kedua-dua pokok ini juga sangat berbeza. Berikut dikongsikan cara menyemai benih ketumbar yang mudah dan praktikal. Dapatkan benih ketumbar dari kedai pertanian atau boleh juga membeli dari kedai online benih terpercaya dan berkelayakan.  […]