KOHLRABI UNGU

Salam Ramadan Karim.. Entry kali ini adalah berkaitan dengan sejenis sayur yang jarang-jarang ditanam di negara kita tetapi sangat terkenal di negara-negara Barat sebagai makanan sayuran yang sihat yakni kohlrabi. Kohlrabi adalah sejenis tumbuhan (Brassica oleracea var. gongylodes) termasuk dalam keluarga mustard. Batang pada bawah di atas permukaan tanah yang membengkak atau membesar dimakan sebagai […]

RADISH FRANCH BREAKFAST

Tanomkinotuan sangat teruja akan kejayaan menanam radish franch breakfast di kawasan tanah rendah yang mempunyai suhu kepanasan yang melampau. Selalunya radish franch breakfast ini hanya sesuai tumbuh di kawasan yang mempunyai suhu rendah atau sejuk terutamanya di kawasan tanah tinggi. Tanomkinotuan ingin mencuba menyemai benih radish ini, dalam fikiran tanomkinotuan apalah salah untuk mencuba lagipun […]

SAWI PAHIT

Inilah sayur daun pertama yang ditanam oleh tanomkinotuan di kebun belakang rumah, kesempatan untuk membeli benih sayur memang tidak ada untuk waktu ini, maka tanam sahaja benih yang ada di tangan. Sawi pahit menjadi bahan experiment untuk ditanam di kebun belakang rumah. Tanah di kebun belakang rumah adalah jenis tanah liat di mana musim kemarau […]

PETOLA ULAR

Petola ular atau nama saintifiknya Trichosanthes cucumerina, adalah tumbuhan berasal dari negara India dan sekitarnya. Hari ini ia ditanam oleh petani secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar atau tamu. Petola ular adalah termasuk dalam kelompok keluarga petola segi dan petola bantal, buah petola ular berwarna putih dengan berjalur hijau. Pada pengamatan tanomkinotuan terdapat dua jenis […]

SAWI KERINTING @ ONG KING

Salam ramadan Al-mubarak kepada pembaca sekalian,  Selepas kejayaan menanam sawi kerinting atau sayur ong king pada musim lepas, tanomkinotuan telah menyemai lebihan benih sawi jenis ini. Maknanya ini adalah kali kedua tanomkinotuan menanam sayur ong king di kebun belakang rumah. Namun kelebihan ong king kali kedua ini ialah tanomkinotuan telah menyiramnya dengan kompos teh buatan […]

Sawi Putih Kerinting Mekar Di KBR

Pelbagai jenis sayur yang cuba ditanam dalam kebun belakang rumah tanomkinotuan, sengaja mempelbagaikan tanaman dalam kebun tersebut agar tanomkinotuan dan seisi keluarga mendapat pelbagai zat nutrient daripada bermacam-macam jenis sayur. Lebih banyak jenis-jenis sayur yang ditanam lebih banyak info diperolehi berhubung sayur-sayuran ini. Tanomkinotuan ada menanam sawi putih atau bak choi di kebun belakang rumah. […]

Nikmati Buncis ungu dalam Diet Harian anda

Selalunya di sabah hanya empat variati kacang buncis yang biasa ditanam iaitu kacang buncis manis (biji berwarna perang), kacang buncis manis (biji berwarna putih), kacang buncis bulat dan kacang buncis leper/lebar. Variati kacang buncis bulat adalah variati yang banyak ditanam secara komersil. Manakala kacang buncis manis banyak ditanam di Kundasang, Sabah. Jarang orang menanam kacang […]

Basil Itali (Western Herbs) VS Kemangi Nusantara (Eastern herb)

Basil Itali (Italian Basil) adalah satu herba yang sering digunakan untuk memasak daging oleh kebanyakan chef-chef luar negara. Jika rajin menonton rancangan memasak di astro anda akan sedar basil adalah salah satu herba yang digunakan. Maka dengan semangat untuk mendapatkan benih saya mencari benih ini yang dijual secara online. Maka dapatlah tanomkinotuan menanam benih basil […]

Salad Arugula Berjaya Disempurnakan di KBR

Eksperimen menanam sayur arugula di kebun belakang rumah tanomkinotuan berjaya dilaksanakan. Alhamdullilah berjaya membenihkan sayur ini yang jarang-jarang ditanam oleh para petani di Sabah. Oleh kerana tanomkinotuan berjaya membesarkan sayur luar negara ini maka terfikir untuk mendapatkan benihnya bagi penanaman semula pada musim akan datang. Benih arugula dibeli secara online semasa promosi benih sayur ini. […]