Category Archives: Uncategorized

Resepi Ikan Goreng Bambangan

Salam perpaduan dan kesejahteraan kepada para pembaca… Tanomkinotuan berkongsi resipi makanan yang tidak asing kepada rakyat sabah terutamanya suku Dusun dan Kadazan berhubung makanan yang disenaraikan dalam menu seharian. Seperti kaum-kaum di Malaysia, kaum Dusun/Kadazan juga mempunyai tradisi makanan yang tidak kurang hebatnya yang dikenali sebagai Ikan Kembung Goreng Bambangan. Di Sabah ikan kembung bulat […]

Gelagat Sang Arnab Dalam Sangkar.

Azam tahun 2018 yang lalu ialah ingin menternak arnab di laman rumah. Sambil menanam sayuran tanomkinotuan juga bercita-cita menternak arnab dalam sekala yang kecil. Cita-cita tersebut direalisasikan pada pertengahan tahun 2018. Tujuan tanomkinotuan menternak arnab adalah ingin mendapatkan tinja arnab sebagai baja tanaman. Selain ayam, menternak arnab juga sangat bermanfaat kepada para petani sambilan seperti […]

Senarai Tanaman Sayuran Untuk Tahun 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Sudah lama blog ini tidak dikemaskini disebabkan kesibukan yang teramat sangat. Banyak kerja disiapkan terlebih dahulu. Hari ini seperti ada sedikit masa terluang dan tanomkinotuan mencuba untuk masuk dalam blog. Lagi pun kadang-kadang idea kurang memberansangkan menyebabkan membuat entry yang baru sangat-sangat terbantut. Haha… Tidak terlewat juga untuk mengucapkan selamat tahun […]

Pokok Sorghum Hidup subur di Bumi Sabah

Salam damai dan salam pertemuan dalam entry kali ini.. Dipenghujung Oktober tahun 2018 ini adalah musim hujan. Tiap petang di sini hujan lebat dengan kilat dan guruh sambung menyambung. Sayuran yang ditanam di laman rumah semakin rosak akibat hujan lebat. Jangan kata musim hujan sayuran segar bugar ya, sayur boleh rosak sebenarnya dan uniknya musim […]

Panduan Menanam Pokok Daun Bawang Melalui Keratan

Berikut dikongsikan menanam pokok  daun bawang dari keratan. Pokok daun bawang boleh juga ditanam melalui benih tetapi ambil masa untuk dituai. Sering kali bila ada acara masak memasak di rumah berasaskan sup daun bawang ni wajib beli. Apa kata korang tanam sendiri di laman rumah.  Anda boleh dapatkan keratan daun bawang dalam pelbagai cara, pertama […]

Sayuran Terbaru bulan Oktober 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama kiranya tanomkinotuan tidak bertandang ke blog ini. Makin lama makin sepi tanpa update entry terbaru. Sejak berpindah tempat kerja sudah lama tidak mengasah pencernaan otak untuk mengolah bait-bait karangan pendek. Maafkan tanomkinotuan kerana masa dan tugasan yang sangat banyak perlu dilangsaikan. Banyak entry yang perlu ditambah ke dalam blog […]

Tuaian Keledek Di Laman Rumah

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang dihormati. Hari Sabtu yang sangat bahagia dan dinanti-nantikan oleh sesetengah orang kerana bolehlah merehatkan diri selepas 5 hari bekerja. Juga hari yang sesuai untuk turun ke mini kebun dilaman rumah bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala seketika atau pun bolehlah melakukan apa-apa aktiviti yang difikirkan sesuai. Hari Sabatu tanomkinotuan […]

Cili Jalapeno Ungu Sangat Rare Dimata Tanomkinotuan

Apa khabar kepada semua pembaca. Sudah lama dan jarang saya update blog ini disebabkan kesibukan kerja-kerja harian. Sudah hampir pertengahan tahun 2018, tidak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma. Masa inilah paling sesuai menanam sayur untuk raya nanti hihi. Menanam cili di laman rumah satu terapi yang mendamaikan. Sudah banyak variati cili pernah tanomkinotuan tanam […]

Strawberri Alpine Kuning Buah Sulung Di KBR

Tanomkinotuan mempunyai fiil yang menyukai mencari benih-benih luar negara untuk ditanam di negara kita, hanya sebagai hobi sahaja. Jika berjaya benih tersebut menjadi pokok yang menghasilkan buah, semacam satu kepuasan dan keterujaan yang sangat berbaloi. Inilah ciri yang wajib ada pada seseorang petani sambilan mahupun petani sepenuh masa. Tetapi tidak semua benih dari luar negara […]

Buncis Kuning Renek Juga Meriah Buahnya.

Pejam celik pejam celik sudah masuk ke ambang bulan Febuari 2018, macam sebulan rasanya 3 hari je. Masa memang cepat sangat berlalu. Enjin belum dimulakan lagi untuk azam 2018 sudah bertukar bulan. Apa-apa pun inilah lumrah kehidupan, kena hadapi dengan tabah, segala masalah ada cara penyelesaiannya cuma cepat atau lambat itu sahaja. Melalut ke mana […]