Category Archives: Uncategorized

Panduan Mengalihkan Anak Pokok Daun Sup

Kita maklum bahawa daun sup wajib senantiasa ada dalam dapur untuk bekalan dan bahan dalam masakan apatah lagi jika mereka yang menyukai menu berasaskan sup seperti soto, mee sup dan sebagainya. Ketiadaan bahan asas ini memungkinkan menu sup kita ada kekurangan. Sering kali jika kita ke pasar mesti membeli seeikat dua daun sup untuk tujuan […]

Kacang Botol Merah Berbuah Saiz Besar

Bertani dilaman rumah memang memberikan terapi minda yang segar dan sempurna. Bilamana tanaman berhasil rasa puas yang tidak terhingga. Begitulah perasaan tanomkinotuan apabila tanaman yang kita tanam membuahkan hasil. Malah bukan sahaja hati gembira malah dapat bekalkan sayuran untuk dapur kita. Jimaat dan organik.  Hari ini tanomkinotuan berkongsi dengan pembaca satu variati kacang botor yang […]

Anak Pokok Bunga Luar Negara Menampakkan Diri

Semaian benih-benih bunga telah memunculkan diri. Benih bunga ni telah didatangkan khas dari luar negara. Tanomkinotuan mencuba untuk menanam jenis-jenis bunga yang sangat cantik ini di Malaysia Khususnya di sabah.. Menyemai benih bunga luar negara sangat perlukan sedikit perhatian khususnya kadar siraman atau jumlah air yang disiram pada bekas semaian serta jenis media yang digunakan. […]

Lobak Putih Korea Gergasi Hidup Membesar di Bumi Sabah.

Bila tanomkinotuan mempunyai kelapangan tanomkinotuan akan menonton rancangan-rancangan memasak di channel TLC. Pada masa itu memaparkan rancangan masakan korea yang enak dan sedap khususnya jenis jeruk seperti kimchi yang pelbagai. Cukup teruja dengan lobaknya yang bersaiz besar gempal dan memnpunyai hijau pada pangkal lobaknya dan putih di bahagian bawah. Tanomkinotuan terfikir mana hendak dapatkan benihnya. […]

Moringa Pokok Yang Berkhasiat Untuk Kesihatan

Masa tanomkinotuan masih kecil teringat tanomkinotuan banyaknya rumah-rumah orang Kadazan/Dusun ditempat tanomkinotuan menanam pokok ini. Tetapi seingat tanomkinotuan tidak ada yang makan sebagai sayur. Mereka hanya menanamnya untuk dituai dan dijual ke pasar mingguan di pekan Keningau. Pernah tanya orang-orang tua dahulu kenapa tidak memakan sebagai sayur. orang tua tersebut mengatakan tidak biasa dan tidak […]

Variati Cili Yang Pernah Ditanam di KBR

Salam aidilfitri kepada semua umat Islam di mana sahaja berada. Semoga raya tahun ini membawa seribu makna kepada kita bersama keluarga dan sahabat handai. Berkunjunglah ke rumah saudara mara dan rakan taulan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Makanlah juadah yang dihidangkan dan beringatlah jangan makan berlebihan.Tanomkinotuan beraya secara sederhana sahaja. Tidaklah terlalu ghairah. Kebun […]

Rewiew: Variati Lobak Merah ditanam di KBR Yang Lepas

Beberapa tahun lepas semenjak tanomkinotuan berjinak-jinak dalam dunia perkebunan di laman rumah. Sudah banyak benih-benih termasuk benih luar negara yang ditanam di kebun mini belakang rumah. Kadang-kadang tumbuh dengan baik tanpa gangguan dan kadang-kadang juga habis lunyai dikerjakan oleh serangga perosak. Begitulah lumrah pusingan roda seorang penanam. Kadang-kadang memperolehi hasil yang lumayan dan sebaliknya pula. […]

Khasiat Pokok Herba Pegaga Kampung

Pegaga / Centella Asiatica Pokok herba pegaga sinonim dengan ulam-ulaman yang enak dimakan dengan nasi bersama sambal belacan. Pokok herba ini terkenal dikalangan kaum Melayu bukan sahaja dijadikan ulam tetapi juga sebagai ubat tradisional bagi mengurangkan masalah kesihatan tubuh badan. Kaum Cina serta kaum India menggunakan daun pegaga ini sebagai teh dan diminum untuk beberapa […]

Pokok Cincau Hijau Jenis Perdu

Setelah berjaya menanam pokok cincau hitam vietnam kini  tahun lepas, kini tanomkinotuan beralih kepada satu lagi jenis cincau yang dikenali sebagai cincau hijau jenis berkayu atau perdu. Nama saintifik bagi pokok cincau hijau ini ialah Melasthoma polyanthum ini mudah tumbuh dengan menanam menggunakan keratan batang. Tanomkinotuan dapatkan anak pokok dari kawan dua tahun lepas kerana […]

3 Teknik Percambahan benih Wajib Diketahui: scarification, stratification dan soaking

Bertemu kembali diruangan entry kali ini. Nampak gayanya sudah lama tanomkinotuan tidak berasmaradana di sini akibat kerja-kerja yang tidak habis-habis dan perlu disiapkan mengikut due date. Petang ini dapatlah menjeguk sebentar blog ini dan menambah entry untuk dikongsi bersama pembaca diluar sana. Entry ini membincangkan secara santai mengenai 3 teknik atau kaedah percambahan benih yang […]