Panduan Menyemai Benih Ketumbar

Menyemai ketumbar atau coriander sama seperti menyemai daun sup. Benih ketumbar adalah bulat kecil manakala benih daun sup pula leper kecil. Aroma kedua-dua pokok ini juga sangat berbeza. Berikut dikongsikan cara menyemai benih ketumbar yang mudah dan praktikal.

Dapatkan benih ketumbar dari kedai pertanian atau boleh juga membeli dari kedai online benih terpercaya dan berkelayakan.  Pastikan benih belum sampai tarikh luput.

Sediakan tanah campuran sendiri yang berkualiti. Tanomkinotuan menyediakan media dengan mencampurkan 4 jenis media iaitu cocopeat, pasir, tanah sawit dan tanah cacing. 

Anda juga boleh dapatkan media yang dijual di kedai pertanian. Beli potting mix yang terbaik. 


Campurkan media-media tersebut sehingga sebati. 

Masukkan media ke dalam bekas semaian separuh penuh. Tanomkinotuan menggunakan cup plastik sahaja. Anda boleh menggunakan apa-apa bekas semaian yang sesuai.

Tabur benih di atas media. Benih Jangan terlalu banyak sangat ditabur pada bekas semaian, takut persaingan untuk anak pokok mendapatkan makanan terlalu tinggi mengakibatkan kualiti anak pokok terjejas dengan pokok yang kurus dan berbatang panjang.

Seterusnya tutup benih menggunakan lebihan media senipis mungkin. Cukup sekadar menutupi benih-benih yang disemai tersebut dan jangan lupa siram dengan air secukupnya. 

Simpan bekassemaian anda ditempat selamat dan terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Percambahan benih bermula pada hari ke-6. Pada masa ini media jangan kering, jika kering sprey tanah untuk melembabkannya. 

Anak pokok ketumbar berusia hampir 3 minggu. Anak ini sudah boleh dialihkan ke pasu atau polibag tetapi tanomkinotuan tunggu sehingga pokok benar-benar kuat dan mempunyai 4 helai daun.

Jika anda ingin mendapatkan benih ketumbar sila maklumkan di whatupp 019-5320756, rm2 sepeket (15 biji)

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 thoughts on “Panduan Menyemai Benih Ketumbar

  1. Ayumat says:

    Ok, Tq. Tanah yang biasa di jual di nursery tu berwarna hitam, tanah apa ya? Blh guna yang itu saja ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.